Keluarga sewa bilik hotel terima bantuan bulanan asnaf RM1,000 - MAIDAM
  • 3 bulan lalu
Keluarga sewa bilik hotel terima bantuan bulanan asnaf RM1,000 - MAIDAM

BERITA SEMASA 9 FEBRUARI 2024

Lima sekeluarga mendakwa terpaksa menyewa bilik hotel kerana tiada tempat tinggal selepas dihalau dari rumah sewanya di Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu pada Oktober tahun lalu.

Izawati Hussain, 42, berkata, dia bersama suami, Aziz Mamat, 48 dan tiga anaknya menyewa bilik hotel di pusat bandar dengan bayaran RM70 sehari sejak empat bulan lepas.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, keluarga berkenaan menerima bantuan bulanan sebanyak RM1,000 berdasarkan bilangan ahli keluarga yang ditanggung.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/648593/Keluarga-sewa-bilik-hotel-terima-bantuan-bulanan-asnaf-RM1,000---MAIDAM

#BeritaSemasa #SinarHarian