'Demonstrasi Palestin di negara barat lebih hebat, walau kerajaan mereka sokong Zionis'

  • 5 bulan lalu
BERITA SEMASA 7 JANUARI 2024

Baru-baru ini, nama ikon reformis, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua sekali lagi menjadi perhatian negara susulan penganjuran selama tujuh hari piket Aksi Bertindak: Perhimpunan Kepung Demi Palestin bagi memberi tekanan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk menggesa gencatan senjata di Semenanjuang Gaza.

Menurutnya, rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin seharusnya mencontohi demonstrasi di Barat yang dihadiri ratusan ribu orang, walaupun kerajaan mereka mendukung Israel.

Tian Chua berkata demikian dalam wawancara khas bersama Sinar Harian pada Rabu.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Palestin #Solidariti #NGO #TianChua