Ka Siong umum MCA bertanding di Batu selepas bincang dengan Zahid
  • last year
MCA mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bukannya calon dari parti MIC.

Presiden MCA, Wee Ka Siong pada sidang media hari ini berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan dengan Presiden Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

Menurutnya, ia kerana kerusi Parlimen Padang Serai telahpun diberikan kepada MIC dan pertukaran kerusi itu patut diberikan kepada MCA.

Sumber video: https://www.facebook.com/MCAHQ/videos/445393364372669