Wee Ka Siong Presiden baru MCA

  • 5 years ago
Anggota Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong yang merupakan satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat hari ini dipilih sebagai Presiden baru parti komponen BN itu.

Selepas berkhidmat sebagai timbalan presiden MCA selama satu penggal, Wee merebut jawatan presiden itu dalam pertembungan tiga penjuru.

Saingan Wee ialah Ketua Pemuda MCA Bahagian Beruas Ngoo Teck Keong dan Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu.

Sementara itu, rakan sepasukan Wee, Datuk Mah Hang Soon juga dijangka menang jawatan timbalan presiden MCA selepas selesa mendahului lawannya, Datuk Tee Siew Kiong.