Dr M bertanding jawatan Pengerusi, Muhyiddin bertanding Presiden
  • 4 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat cuba mengelakkan konfrontasi secara langsung dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad apabila beliau cuma akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden Bersatu dan bukannya bertanding jawatan pengerusi Bersatu, yang merupakan jawatan penting dan berpengaruh dalam parti itu.

Muhyiddin hari ini mengemukakan borang pencalonannya untuk kerusi presiden Bersatu melalui setiausaha politiknya.

Manakala, Dr Mahathir Mohamad akan mempertahankan jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

Beliau menghantar borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan tertinggi parti itu melalui Ketua Bahagian Bersatu Selayang, Zulkifli Mohamad di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.

Borang itu diserahkan pada kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.