Bas sekolah terpakai jadi surau bergerak
  • 2 tahun lalu
Bas sekolah terpakai jadi surau bergerak

BERITA SEMASA 15 OKTOBER 2022

Tidak hanya menyediakan perkhidmatan menghantar jenazah secara percuma, kini Pertubuhan Amal Van Jenazah Sungai Petani, Kedah sedang mengubahsuai bas sekolah untuk dijadikan surau bergerak, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya..

Dengan kos anggaran RM100,000 yang diperlukan, surau ini dijangka mampu disiapkan sebelum Ramadan akan datang.

Bendahari Pertubuhan Amal Van Jenazah Sungai Petani, Mohd Rashid Mohamad berkata, kemudahan yang disediakan itu bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat walaupun berada di lokasi pelancongan atau tumpuan ramai.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa