Selagi tidak seberang parti, akta tidak terpakai - Tuan Ibrahim
  • 6 bulan lalu
Selagi tidak seberang parti, akta tidak terpakai - Tuan Ibrahim

BERITA SEMASA 18 OKTOBER 2023

Tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang menyatakan sokongan kepada pimpinan Perdana Menteri tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ahli Dewan Rakyat.

Malah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan keputusan drastik itu dibuat kerana wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memikirkan nasib dan tekanan dirasai rakyat di kawasannya ekoran tiada peruntukan disalurkan kepada pembangkang.

Beliau akui melalui pengalaman peribadi sebagai orang lama dalam Pas, pihaknya bermula dengan tiada peruntukan dan tidak pernah dapat peruntukan daripada kerajaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/629931/berita/politik/selagi-tidak-seberang-parti-akta-tidak-terpakai---tuan-ibrahim

#BeritaSemasa #SinarHarian #SinarTerkini