Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
  • 10 hari lalu
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam

BERITA SEMASA 19 APRIL 2024

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat, memberi masa sebulan kepada penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya berhubung kes dadah November tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Semasa pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Azmi Aman, mahkamah menetapkan 24 Mei depan untuk pengurusan kes selanjutnya dan lantikan peguam.

Azmi berkata, pelantun lagu ‘Kerna Dia’ ini perlu memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkembangan lantikan peguamnya seminggu sebelum tarikh berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660309/berita/semasa/mahkamah-beri-masa-sebulan-yasin-lantik-peguam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Mahkamah #YasinSulaiman