'Serah sepenuh kepercayaan kepada mahkamah'
  • 10 hari lalu
BERITA SEMASA 19 APRIL 2024

Semua pihak perlu menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada mahkamah dalam mengendalikan prosiding afidavit yang diikrarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kewujudan Titah Adendum.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, afidavit tersebut telah difailkan di mahkamah dan perlu diselesaikan melalui proses mahkamah itu sendiri.

Fahmi berkata demikian mengulas mengenai afidavit yang diikrarkan Ahmad Zahid mengenai kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah oleh Tengku Zafrul ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights pada 30 Januari lalu.

Titah Adendum itu supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN DI: https://www.sinarharian.com.my/article/660277/berita/nasional/serah-sepenuh-kepercayaan-kepada-mahkamah

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #SinarTerkini #TitahAdendum #FahmiFadzil