'Simpan barang kes libatkan wang di Bank Negara' - Rais beritahu SPRM
  • 2 years ago
Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) mengesyorkan semua barang kes melibatkan jumlah wang yang besar perlu disimpan di Bank Negara Malaysia (BNM).

Pengerusinya, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, ia bagi mengelakkan berlaku kecurian atau membawa lari wang berkenaan.

Pada 4 Jan lepas, pegawai kanan SPRM Shahrum Nizam Baharuddin didakwa atas tuduhan menyelewengkan barang bukti berupa wang tunai bernilai AS$6.94 juta (RM25 juta) di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=Uv69SHmwCzo