'Berdiam diri isu libatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM tanda PM lemah'
  • 2 years ago
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendesak agar Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak terus-terusan mendiamkan diri berhubung isu kontroversi Azam Baki.

Demikian kata Gobind dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau mengingatkan Ismail bahawa SPRM berada di bawah pengawasan jabatan perdana menteri dan beliau mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas SPRM.