Dakwaan Hamid Bador: 'Kalau SPRM pilih berdiam diri, malang buat negara kita' - PKR

  • 3 years ago
PKR hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat unsur rasuah di sebalik tindakan sejumlah ahli parlimen yang melompat parti, yang dibangkitkan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, Jumaat lalu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana pendedahan yang dibuat Abdul Hamid itu tidak boleh dianggap remeh dan SPRM tidak boleh berdiam diri dengan dakwaan tersebut.

Pada Jumaat lalu Abdul Hamid dalam sidang media membuat beberapa pendedahan berkaitan tugasnya selama ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/saifuddin.nasution/videos/569480057775912

Recommended