'Kartel PDRM berpotensi jadi kanser, saya tak boleh berdiam diri'
  • 3 years ago
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menegaskan pihaknya tidak akan membiarkan agensi itu dikuasai mana-mana pihak, termasuk kumpulan kecil dalam pasukan itu yang bercita-cita menguasai PDRM.

Katanya, kumpulan ‘kartel’ itu jika dibiarkan berpotensi menjadi kanser yang boleh membahayakan PDRM dan negara.

Beliau berkata demikian berhubung pendedahan dibuatnya semalam bahawa terdapat satu gerakan pegawai muda dalam PDRM yang mahu menjatuhkan beliau untuk kepentingan sendiri.
Recommended