'Ketua Polis Daerah, ketua balai, seorang inspektor berdepan tindakan tatatertib'
  • 2 years ago
Berikutan kesalahan kecuaian penyeliaan dalam penugasan sehingga menyebabkan ‘Long Tiger’ lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu, Ketua Polis Daerah Tangkak bersama dua lagi pegawai berdepan tindakan tatatertib.

Menurut Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, kertas siasatan yang dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut membabitkan dua pegawai iaitu Ketua Balai Polis dan seorang Inspektor.

Beliau berkata, sebaik disiapkan, kerta siasatan itu akan dihantar ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, untuk penilaian dan tindakan susulan.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/598081971264067