Peragut tersilap lari 'masuk' balai polis

  • 7 years ago
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Itu sinonim buat hari malang seorang peragut apabila dia bertindak meragut telefon bimbit seorang wanita pada 31 Mac lalu di satu persimpangan jalan di bandar Shenzhen, China.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita itu terjatuh sewaktu cuba mengejar peragut yang pantas berlari menuju ke seberang jalan.

Tanpa disedari, peragut itu sebenarnya memasukki kawasan balai polis.

Menurut jurucakap polis, suspek yang berusia 38 tahun itu seorang penganggur dan dia ditahan kerana melakukan jenayah ragut.