Kerajaan cadang tambah kuota harian pengembara VTL darat

  • 2 years ago
Kerajaan bercadang meningkatkan kuota harian pengembara warga Malaysia dan Singapura menerusi kemudahan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi Laluan Darat (VTL-Darat) kepada 2,100 orang sehala mengikut perkembangan situasi wabak Covid-19.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkata, setakat ini tempoh kuarantin tidak dikenakan terhadap pengembara ekoran kadar vaksinasi yang tinggi di kedua-dua negara.