Kerajaan cadang perkenal caj 0.02% bagi pembelian atas talian
  • 4 years ago
Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembeli yang melakukan pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin, caj perkhidmatan itu akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi untuk mengelakkan penipuan dan pencerobohan siber.

Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menetapkan jumlah minimum pembelian yang membolehkan caj itu dikenakan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Komuniti @ Merdeka di Pengkalan Petah, Bachok, hari ini.