Azalina cadang SOP buka parlimen selepas kecewa kerajaan 'membisu'
  • 3 years ago
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said sekali lagi mendesak agar Parlimen dapat bersidang dengan kadar segera, selepas kecewa dengan sikap kerajaan yang masih lagi ‘membisu’ terhadap cadangan itu sebelum ini.

Beliau menggariskan beberapa SOP bagi parlimen yang beliau harapkan mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen.

Antaranya Azalina mencadangkan tiada usul undi tidak percaya dibawa sehinggalah pandemik berjaya dikawal dan imuniti kelompak mencapai tahap 50 peratus.