Kecoh! Speaker tinggalkan dewan selepas tangguhkan parlimen
  • 4 years ago
Dalam satu langkah yang belum pernah terjadi sebelum ini, Speaker Azhar Harun meninggalkan Dewan Rakyat selepas menangguhkannya selama 10 minit.

Ini berlaku sebaik sahaja blok pengundian untuk Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 diputuskan

Ahli parlimen pembangkang kemudian mengatakan bahawa tindakan menangguhkan sesi dewan adalah untuk 'merampas' Parlimen kerana ia untuk memberi masa ahli parlimen yang lewat masuk untuk melakukan pengundian blok.

Seksyen 47 (2) Peraturan Mesyuarat berkenaan proses undian dalam Dewan mengatakan undi-undi anggota parlimen yang datang lambat perlu diketepikan daripada pengundian blok.