PKPD: Prabakaran cadang kerajaan sedia tempat baru ganti penutupan Pasar Borong KL
  • 4 years ago
Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata beliau bimbang dengan keputusan menutup Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang sehingga Khamis kerana akan menjejaskan bekalan sayur-sayuran.

Ketika ditemui di sekitar kawasan Pasar Borong KL, beliau meminta kerajaan mencari penempatan baru pasar borong bagi menyalurkan sayur-sayuran kepada pemborong.

Katanya, jika sayur-sayuran tidak disalurkan, kemungkinan kedai makan dan restoran tidak boleh mendapat bekalan sayur.

Terdahulu, kawasan petempatan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur kini menjadi lokasi terbaru yang diletakkan di bawah perintah kawalan pegerakan diperketatkan (PKPD) ke-6 mulai 20 April hingga 3 Mei.