Bajet 2022: Penjawat awam terima RM 700, pesara k'jaan RM350
  • 2 years ago
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700.

Selain itu, sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ia bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.