Gaji penjawat awam minimum RM1800 : 'Habis kedai tom yam tutup!'
  • 4 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad secara berseloroh menjawab pertanyaan pemberita mengenai gaji minimum, sehari selepas Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan gaji minimum RM1,800 kepada penjawat awam.

“Tidak apa, kita bayar. Habis kedai tomyam semua tutup, tidak boleh bayar gaji,” katanya ringkas ketika ditemui di Persidangan Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Semalam, presiden baru Cuepacs, Adnan Mat cadangan itu pernah dibangkitkan kepada Mahathir sebelum ini dan mahu pastikan pelaksanaan gaji minimum penjawat awam dapat direalisasikan menjelang 2022.

Katanya, Cuepacs mencadangkan jumlah tersebut kerana kos hidup pada hari ini yang terus meningkat.