K'jaan kaji keluarkan SPRM dari perkhidmatan awam
  • 9 years ago
Cadangan sedang dipertimbangkan untuk mengeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada perkhidmatan awam dan Jabatan Perdana Menteri, dan menjadikan ia badan yang menjawab kepada Parlimen.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Anti-Rasuah antarabangsa (IACC) Ke-16, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk tujuan berkenaan.

Katanya, menjadikan SPRM sebagai perkhidmatan berasingan akan memerlukan pindaan terhadap perlembagaan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli parliimen.