RMK12 tak akan berjaya jika tak kaji kegagalan RMK terdahulu - Tony Pua

  • 3 years ago
Ahli Parlimen Damansara Tony Pua mempersoal sejauh mana keyakinan kerajaan dalam menjamin Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dapat dicapai.

Ini kerana jelas beliau, 80 peratus daripada cadangan itu adalah pelan yang sama dibentangkan ketika RMK10 dan RMK11, namun, ia gagal dicapai.

Berikutan itu, tegas Pua lagi, kerajaan harus meneliti sebab utama RMK sebelum ini gagal dilaksana supaya pentadbiran Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob boleh meneruskan misi mencapai segala apa yang dirancang.