Putrajaya tak puas hati kaedah saringan rakyat Malaysia di Singapura
  • 4 years ago
Putrajaya tidak berpuas hati dengan kaedah saringan kerajaan Singapura untuk rakyat Malaysia di negara itu yang menyeberang pulang ke tanah air.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, Singapura, yang memetik cadangan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), hanya melakukan ujian swab atau pengambilan sampel air liur terhadap individu yang mempunyai gejala.

Putrajaya sebelum ini meminta Singapura untuk menguji semua rakyat Malaysia yang ingin kembali ke tanah air selepas negara itu melaksanakan undang-undang ketat penjarakan sosial.