'Kerajaan tak gagal, cuba belum berjaya sepenuhnya' - Annuar
  • 3 years ago
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan telah gagal menangani wabak Covid-19.

Katanya, ini memandangkan ketika ini kerajaan memberi sejuta dos suntikan vaksin Covid-19 pada setiap empat hari serta kemudahan kesihatan negara yang masih mampu menampung kes-kes baru.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, indikasi yang menentukan kerajaan telah berjaya mengawal sepenuhnya pandemik adalah apabila rakyat sudah tidak lagi mempunyai rasa takut kepada wabak tersebut.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara anjuran Harakah bersama Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor malam tadi.

Source: https://fb.watch/6jMKKSIZ6A/
Recommended