Kerajaan gagal, Raja-raja Melayu harus campur tangan - Pembela
  • 4 years ago
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) semalam meminta supaya Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu supaya campur tangan bagi menangani puak pelampau yang memainkan isu-isu sensitif.

Naib Pengerusi Pembela Masridzi Sat berkata, isu ini masih tidak berkesudahan kerana merasakan kerajaan gagal menangani kumpulan-kumpulan ini secara tegas.

Menurut beliau lagi, terdapat sesetengah pihak yang memayungi kumpulan-kumpulan pelampau sedangkan apa yang telah dibuat sebelum ini jelas menunjukkan mereka bersifat perkauman.