Tajuddin tak puas hati UMNO diberikan portfolio tak penting dalam kabinet
  • 4 years ago
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mempersoalkan kedudukan UMNO yang dilihat hanya diberikan portfolio tidak penting dalam Kabinet pimpinan Muhyiddin.

Katanya, langkah itu seolah-olah tidak seimbang dari segi portfolio yang diberikan kepada UMNO.

“Kita tengok jawatan yang diberikan kepada UMNO pun jawatan yang tidak boleh membantu rakyat. Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Bersatu pegang. Macam Kementerian Pertahanan jaga keselamatan dan apa yang boleh kita bantu rakyat di kampung-kampung yang melibatkan petani dan nelayan.

“Saya ingatkan bahawa perlu kita lihat dan tidak boleh hanya menerima apa yang telah diberikan kepada kita. Saya beri pandangan dan pandangan saya antaranya adalah pengurusan parti kena diperkukuhkan kerana banyak sudah isu jadi persoalan pihak atasan yang dikira tidak membawa kepentingan parti kepada pihak yang kita berunding antara Bersatu dan juga sekutunya dalam proses pembentukan kerajaan,” katanya.