#KerajaanTumbang sohor kini, pembangkang gesa PM berundur
  • 3 years ago
Tanda pagar #KerajaanTumbang menjadi sohor kini di Twitter, selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Setakat jam 4 petang tadi, tanda pagar itu telah disebut dalam lebih 11 ribu ciapan di Twitter.

Rata-rata warga maya menyatakan kekecewaan terhadap drama politik yang tidak berkesudahan, ketika kes harian Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat.
Recommended