'Saya tetap akan berundur, beri laluan pada Anwar jadi PM'
  • 5 years ago
Dr Mahathir Mohamad tidak berganjak dengan pendiriannya mahu memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Kata Dr Mahathir, beliau tetap akan berundur seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Dr Mahathir mengulas mengenai jika terdapat undian yang memihak kepadanya untuk kekal menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya pada Selasa.