Jangan beri tekanan pada saya dan Tun M - Anwar
  • 4 years ago
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim hari ini menyatakan tekanan tidak seharusnya diberikan kepada beliau dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam soal peralihan kuasa.

Ketika ditemui pemberita petang tadi, beliau mengulangi bahawa kedua-dua mereka dan Majlis Pakatan Harapan akan memastikan peralihan kuasa itu berjalan lancar dan mereka akan terus bekerja sebagai satu kumpulan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan menjadi ahli kabinet sebelum peralihan kuasa, Anwar menyatakan perkara itu bukan sebahagian dari rancangan.