Pembangkang gesa usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dibahas
  • 3 years ago
Ahli-ahli Parlimen pembangkang menggesa agar usul mereka untuk merujuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan dewan dibahaskan pagi ini.

Ini susulan Menteri Hal Ehwal Undang-Undang itu mengumumkan bahawa peraturan ordinan darurat telah dibatalkan mulai 21 Julai lalu.

Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon berkata, Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun akan memberi maklum balas mengenai usul itu dalam tempoh satu jam.
Recommended