'Edmund mahu saman saya ekoran kenyataan bercuti ke NZ, minta tiga perkara'
  • 3 years ago
Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran berkata beliau mendapat surat notis perundangan dari Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar kerana telah menjejaskan reputasinya.

Ini berikutan Praba mendedahkan tentang Edmund pergi ke New Zealand dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat pada Mac lalu.

Menurutnya, dalam notis itu juga Edmund meminta tiga tuntutan daripada Praba.

Kata Praba beliau menerima surat itu dari peguam Santhara.

Recommended