Kenyataan Azeez- Kasthuri mahu rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
  • 4 years ago
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto sedang mempertimbangkan untuk merujuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataan beliau yang disifatkannnya sebagai rasis.

Katanya, walaupun ahli Dewan Rakyat mempunyai imuniti ketika berbahas dalam parlimen, namun kebebasan itu tidak seharusnya disalahgunakan.