CPTPP- LGE kemuka usul rujuk Azmin ke jawatankuasa hak dan keistimewaan
  • 4 years ago
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng hari ini mengatakan bahawa dia akan mengemukakan usul untuk merujuk Mohamed Azmin Ali (Bersatu-Gombak) ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.

Menurut bekas menteri kewangan itu, Azmin yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, telah memilih untuk menyembunyikan fakta ketika memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan Pakatan Harapan telah mengesahkan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Lim mengatakan walaupun pada 5 September 2018, kerajaan PH bersetuju untuk mengesahkan perjanjian itu, namun keputusan terbaru kabinet PH pada Nov 29, 2018 menolak untuk berbuat demikian.