UUM mohon maaf atas kematian Vinosiny, keluarga kata tetap mahu saman
  • 2 years ago
Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini memohon maaf terhadap keluarga mendiang S Vinosiny berhubung kematian pelajar itu pada 21 Mei lalu.

Naib Canselor UUM Profesor Dr Haim Hilman berkata demikian ketika mengunjungi keluarga Vinosiny di kediaman mereka di Klang, hari ini.

Vinosiny, 21, ditemui meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik di bilik asramanya pada 21 Mei dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.