Shafie minta Mohamad Hasan mohon maaf atau berdepan saman

  • 4 years ago
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan kerana memfitnah parti tempatan Sabah itu.

Justeru, beliau menuntut Mohamad memohon maaf berikutan kenyataannya tersebut atau jika gagal berbuat demikian, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu bakal berhadapan tindakan saman.

Mohd Shafie berkata Mohamad ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, baru-baru ini, menyebut pilihan raya kecil tersebut ibarat perlawanan ‘Malaysia lawan Filipina’.

Baru-baru ini, sebuah portal berita memetik Mohamad sebagai berkata pertembungan antara BN dan Warisan pada PRK Parlimen Kimanis umpama perlawanan antara Malaysia dan Filipina.

Mohamad dilaporkan berkata perumpamaan itu adalah daripada penduduk tempatan sendiri yang menyebut bahawa BN itu Malaysia dan Filipina itu Warisan.

Recommended