Tarik balik tambah cabutan khas atau berdepan ‘tentangan lebih hebat’ - MP PAS

  • 3 years ago
Seorang Ahli Parlimen PAS memberi amaran bahawa Putrajaya akan berdepan “tentangan lebih hebat” di dalam dan luar Dewan Rakyat jika tidak menarik balik keputusan menambah cabutan khas nombor ekor.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, judi dalam apa jua bentuk akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat.

Sebelum ini kerajaan mengesahkan kadar kekerapan cabutan khas nombor ramalan ditingkatkan kepada 22 kali setahun dan kebenaran itu diberikan kepada semua syarikat judi di negara ini.

Recommended