Tarik pemecatan atau hadapi tindakan, kata Anina

  • 9 years ago
Selepas menyaman Datuk Seri Najib Razak berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya, bekas ahli Umno Kedah Anina Saadudin hari ini mengugut mengambil tindakan terhadap setiausaha agung parti itu pula.

Anina memberi kata dua kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menarik balik surat perlucutan keanggotannya atau berdepan dengan tindakan yang akan diambil.