Tangguh Undi18: 18 remaja mahu saman kerajaan
  • 3 years ago
Seramai 18 remaja berumur antara 18 hingga 20 tahun mahu menyaman kerajaan kerana menangguhkan pelaksanaan penuruhan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Kumpulan pro-Undi18 Persatuan Pengundi Muda berkata mereka akan memfailkan semakan kehakiman terhadap perdana menteri, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.