Gara-gara isu bayaran makanan, dua lelaki gaduh depan restoran ditahan

  • 3 years ago
Isu pembayaran makanan antara pemilik dan pelanggan dipercayai menjadi punca pergaduhan di luar sebuah restoran makanan di Jalan Kuala Kangsar, di Ipoh, seperti yang tular di laman sosial, semalam

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan kejadian tersebut, sebaik ia berlaku kira-kira pukul 9 pagi tadi dan hasil siasatan dan tindakan pihaknya, berjaya menahan dua lelaki yang dikenal pasti terlibat dalam pergaduhan berkenaan.

Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi di antara pemilik restoran berumur 39 tahun dan pelanggan berumur 38 tahun, atas isu pembayaran makanan.