Lelaki mengamuk, pecahkan cermin kereta ditahan polis

  • 3 years ago
Seorang penunggang motor yang bertindak agresif dan memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledarnya di Parit Jawa, Johor semalam telah ditahan polis.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Muar Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara lelaki tersebut dan pemandu kereta wanita susulan cara pemanduan masing-masing.

Lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan di hospital.

Sumber video: Media sosial