Empat lelaki ditahan terlibat dalam pergaduhan parang di Cheras

  • 3 years ago
Polis menahan empat lelaki disyaki terlibat kes pergaduhan bersenjatakan parang di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras pada Ahad, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian terbabit selepas menerima panggilan pada jam 6.37 petang.

Menurutnya, pergaduhan itu mengakibatkan dua individu cedera dan kini sedang dirawat di hospital.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 326/148 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian.