Polis buat hebahan PKPB dalam tiga bahasa menarik perhatian orang ramai
  • 4 years ago
Satu video yang dimuatnaik di laman Facebook Polis Klang Selatan semalam menunjukkan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Klang Selatan sedang membuat hebahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Taman Chi Liung, Klang menarik perhatian orang ramai.

Video itu menunjukkan anggota MPV tersebut memuat hebahan kepada orang ramai menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina.

Terdahulu, seramai 800,000 penduduk di mukim Klang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 Oktober lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, PKPB turut melibatkan 36 kawasan di mukim Klang antaranya Bandar Bukit Tinggi, Kampung Johan Setia, Kampung Bukit Naga, Kampung Perigi Nenas, Kampung Kuantan, Kampung Serdang, Bandar Puteri, Kampung Sungai Kandis dan Taman Sri Andalas.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=2635862836726982
Recommended