'Menyusahkan' - Orang ramai 'geram' tol sesak gara-gara sistem RFID
  • 2 years ago
Peralihan sistem pembayaran tol kepada sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) hangat diperkatakan, dengan warga maya rata-rata menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Sistem baru itu disifatkan sebagai sistem yang menyusahkan dari segi masa dan wang, memandangkan hanya satu kereta boleh menggunakan pelekat RFID berbanding Smart Tag atau Touch 'n Go.