'Jangan mungkir janji buat PRU, biar lebih ramai mati'
  • 4 years ago
Dr Mahathir Mohamad hari ini membangkitkan kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa dia akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat jika Gerakan Rakyat Sabah (GRS) menang dalam pilihan raya negeri Sabah.

Dalam satu hantaran sinis di blognya hari ini, Mahathir berkata Muhyiddin patut mengotakan kata-katanya itu dan menerima saja akibat yang bakal menyusul, memandangkan "politik lebih utama daripada prinsip".

Bagaimanapun bekas perdana menteri itu tidak menyebut nama Muhyiddin secara khusus dalam hantaran tersebut.
Recommended