Tol Naik: BN mungkir aku janji PRU13
  • 9 years ago
Aku janji serta ikrar yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) untuk tidak menaikkan kadar tol dalam manifestonya pada pilihan raya umum ke -13 (PRU13) tercalar sama sekali selepas pengumuman penstrukturan semalam.

Dalam buku aku janji yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua tahun lepas memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengurangkan kadar bayaran tol secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.