Adun Kota Damansara dan keluarga positif Covid-19
  • 4 years ago
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Shatiri Mansor mengumumkan bahawa dia, isteri dan dua anaknya telah dikesan positif Covid-19 dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Facebooknya malam tadi.

Shatiri telah pergi berkempen dalam pilihan raya negeri Sabah bersama tujuh yang lain daripada pusat khidmatnya, dan diuji semasa tiba di KLIA2 pada 27 September.

Beliau merupakan Adun Selangor yang kedua disahkan positif virus itu selepas pulang dari Sabah, selain Adun Kampung Tunku , Lim Yi Wei.