66 warga PDRM positif Covid-19, lebih 1,000 dikuarantin
  • 4 years ago
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan 66 warganya positif Covid-19 sehingga kini.

Pengarahan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sehingga semalam seramai 1,225 warga PDRM telah dikuarantin di kediaman masing-masing.

"Keseluruhan yang positif Covid-19 ialah seramai 66.

"Sementara yang dikuarantin melibatkan 155 pegawai kanan polis, 654 pegawai rendah polis, 35 pegawai awam dan 381 kontak rapat iaitu ahli," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 5 April lalu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memaklumkan seorang anggota polis meninggal dunia akibat wabak Covid-19.