Sah! 2 rakyat Malaysia positif Covid-19 atas kapal Diamond Princess

  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua individu rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Diamond Princess positif wabak Covid-19.

Kedua-dua rakyat Malaysia itu sedang dirawat di Jepun.

Kapal Diamond Princess kini berlabuh dan penumpangnya dikuarantin di Pelabuhan Yokohama.

Kapal persiaran tersebut dikuarantin selepas merekodkan lebih 400 kes jangkitan Covid-19 dan merupakan peningkatan jangkitan tertinggi di luar China.

Kapal persiaran itu tiba di perairan Jepun pada awal Februari membawa lebih 3,700 penumpang dan anak kapal dari lebih 50 negara.